Kisah Kejayaan
Rezarill dan Radzwill
Rezarill dan Radzwill merupakan pelajar tahun 5 dan tingkatan 1 di SK & SMK Spaoh.Kedua mereka adalah sahabat baik dan kedua-dua mereka mempunyai perwatakan dan tingkah laku yang menarik,sentiasa ceria dan mudah bergaul tidak mengira peringkat umur. Meraka berdua merupakan antara pelajar yang terawal berdaftar sebagai ahli di PI Spaoh dan sering mengunjungi PI bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.Malahan, mereka juga turut menghadiri kelas asas ICT kerana minat yang ingin mempelajari ilmu ICT.
Pengetahuan mereka mengenai ICT boleh dikatakan sangat sedikit.Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sifat pemalu lebih –lebih lagi untuk bercakap di hadapan khalayak ramai dan tidak mengetahui cara – cara untuk mendapatkan maklumat dengan pantas, betul dan bijak.
Setelah Rezarill dan Radzwill berdaftar sebagai ahli PI Spaoh khususnya,banyak yang telah mereka pelajari dan turut mereka perolehi ilmu yang baru daripada seorang yang tidak mengetahui kewujudan aplikasi Microsoft Office(Words, Excel, Power Point dan sebagainya) kepada seorang yang mengetahui serba sedikit tentang selok belok cara-cara penggunaan komputer mahupun alat peranti elektronik yang lain seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba. Disamping itu,pembelajaran mereka juga diselitkan dengan cara menaikkan keyakinan motivasi diri seperti membentangkan hasil kerja mereka yang mereka hasilkan sepanjang kelas ICT berlangsung.