Kelas ICT: Cara Masukkan Gambar Dalam Microsoft Word

26 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 25 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Kelas ICT: Cara Masukkan Gambar Dalam Microsoft Word”. Kelas ini telah diadakan pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Kelas ini juga telah dihadiri oleh empat orang pelajar sekolah rendah dan tiga orang pelajar sekolah menengah. Semasa kelas Microsoft Word kali ini, para pelajar telah diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam dokumen Microsoft Word mereka.

Petugas PEDi terlebih dahulu menunjukkan langkah demi langkah untuk memasukkan gambar ke dalam dokumen Microsoft Word. Setelah itu, para pelajar diminta untuk memasukkan gamabar pilihan mereka ke dalam dokumen Microsoft Word dengan bimbingan petugas PEDi. Kelas berakhir pada jam 11:30 pagi setelah para pelajar menyelesaikan tugasan yang diberi oleh petugas PEDi. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas pada kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali