Kursus Microsoft Word
2 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 1 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Kursus Microsoft Word”. Kelas tersebut telah dihadiri oleh dua orang pelajar lepasan SPM, dan berlangsung selama dua jam.
Para peserta telah diperkenalkan kepada Microsoft Word pada permulaan kursus.. Secara amnya, Microsoft Word digunakan untuk kerja-kerja menaip dokumen seperti surat rasmi, surat perjanjian, minit mesyuarat, dan lain-lain lagi. Kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word amat penting terutamanya dalam bidang pendidikan dan juga alam pekerjaan.
Antara topik-topik yang terkandung dalam kursus tersebut adalah:
- Mempelajari cara untuk format teks.
- Mempelajari cara untuk menaip dan mengedit teks.
- Mempelajari cara memasukkan jadual dan gambar.
- Mempelajari cara untuk format Page layout.
- Mempelajari cara untuk menggunakan reka bentuk yang pelbagai untuk menghasilkan dokumen yang menarik.
- Mempelajari cara untuk save dokuman dalam bentuk Word dan mencetak dokumen tersebut.
Kursus ini dapat membantu peserta untuk memperolehi kemahiran dalam menaip teks dalam perisian Microsoft Word. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para peserta yang menghadiri kursus ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: