Kelas Usahawan: Tips Perniagaan Atas Talian

7 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 6 Ogos 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video “Tips Perniagaan Atas Talian”. Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Video yang berdurasi 5 minit tersebut dihasilkan adalah untuk berkongsi ilmu kepada para usahawan tips memulakan perniagaan atas talian. Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online. Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Anda harus ingat KATA KEKUNCI ini iaitu “, “Cari”,Jual”, “Manfaat”, “Guna” dan “Rajin”

Media sosial merupakan satu alat yang serba boleh. Para usahawan boleh menggunakannya untuk bereksperimen dengan format kandungan yang berbeza untuk mengembangkan kehadiran sosial. Pihak PEDi Spaoh berharap usahawan-usahawan yang melihat video tersebut dapat menimba ilmu untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali