Kelas Usahawan: 5 Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya
10 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 9 Mei 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video 5 Tips untuk menjadi Dropship yang berjaya. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Video yang berdurasi 5 minit tersebut adalah untuk memberikan tips kepada masyarakat yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai Dropship.
Ramai orang sekarang yang ingin berniaga tidak mengira umur yang muda mahupun yang tua. Ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan kehidupan buat masa kini. Tetapi terdapat masalah yang timbul yang iaitu untuk berniaga perlulah modal yang besar. Tanggapan itu adalah benar. Namun ada juga, berniaga tetapi tidak perlu modal yang besar iaitu menjadi dropship. Dropship ialah sesebuah bisnes untuk seseorang indidvidu yang mahu berniaga tanpa perlu untuk menyimpan stok dengan lama.
Tugas seorang dropship hanyalah untuk mengambil pesanan dan mempromosikan perniagaan di mana-mana platform media sosial dan rakan-rakan. Tugas menghantar produk diserahkan kepada pihak pembekal. Dropshipper juga akan menerima komisyen hasil daripada jualan yang dibuatnya. Komisyen akan menjadi besar dan berbaloi apabila barang yang terjual adalah banyak. Untuk menjadi dropshipper yang berjaya anda perlulah mengetahui rahsia yang digunakan.
Antara tips yang telah dibentangkan dalam video adalah:
- Cari Produk Yang Viral Atau Popular
- Mencari Pembekal Berpotensi
- Tumpukan Hanya Pada Satu Produk Dan Pembekal.
- Produk Mesti Dicuba Terlebih Dahulu
- Memiliki Ramai Pengikut Di Media Sosial
Pihak PEDi Spaoh berharap masyarakat yang melohat video tersebut dapat menimba ilmu untuk menjadi seorang dropship yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: