5 Tips Urus Masa Dengan Bijak & Efisien
6 September 2023 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 5 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah berkongsi satu video yang bertajuk “5 Tips Urus Masa Dengan Bijak & Efisien.”. Video pendek yang berdurasi 44 saat tersebut telah dimuat naik ke semua media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram, dan TikTok. Video tersebut dimuat naik ke laman sosial rasmi PEDi Spaoh untuk berkongsi dengan komuniti sosial mengenai tips menguruskan masa dengan bijak dan efisien. Masa sangat berharga kerana kita tidak boleh kembali ke masa yang telah berlalu. Namun begitu masih ramai yang mensia-siakan masa disebabkan kurangnya pengetahuan untuk menguruskan masa dengan baik.
Antara tips-tips pengurusan masa dengan bijak dan efisien yang dikongsikan dalam video tersebut adalah:
- Melaburkan masa untuk merancang aktiviti atau kerja yang ingin dilakukan pada hari tersebut.
- Menentukan matlamat yang hendak dicapai pada hari tersebut.
- Menentukan keutamaan (priority) sesuatu kerja, dimana kerja yang penting dan mustahak perlu diutamakan.
- Jangan jadi perfectionist kerana tidak semua kerja perlu dilakukan dengan sempurna, ada yang perlu dilakukan secara ringkas sahaja.
- Membuat senarai kerja yang perlu dilakukan (to-do-list), dan mengutamakan kerja yang penting dan segera.
Ramai di anatara kita yang kurang menjaga masa sehingga membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Oleh itu, mulakan merancang masa anda sekarang. Pihak PEDi Spaoh berharap agar followers yang menonton video tersebut belajar menguruskan masa dengan lebih bijak dan efisien.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: