Eksperimen Sains: Telur Terapung
17 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 16 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas “Eksperimen Sains: Telur Terapung”. Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim dan isipadu mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan. Seramai 7 orang pelajar hadir ke kelas tersebut.
Antara bahan yang diperlukan ialah :
- Telur rebus (tidak rebus pun boleh)
- Dua cawan / gelas berisi air
- Garam
Cara menjalankan eksperimen ini :
- Masukkan telur di dalam gelas yang berisi air suam sahaja. Perhatikan telur tersebut akan tenggelam.
- Larutkan 3-4 sudu garam ke dalam gelas kedua. Masukkan telur ke dalam air yang berisi garam. Perhatikan telur tersebut akan terapung.
Kenapa telur boleh terapung dengan air garam?
- Air yang berisi garam itu mempunyai ketumpatan (density) yang lebih tinggi berbanding air biasa.
- Semakin tumpat cecair tersebut maka semakin senang objek akan terapung di atasnya. Telur lebih tumpat daripada air. Jadi, telur akan tenggelam dalam air biasa.
- Apabila garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan ketumpatan air garam lebih tinggi daripada air biasa.
- Jadi, telur terapung di atas air garam. Apabila air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah menjadikan ketumpatan air berkurang. Jadi, telur akan kembali tenggelam.
Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: