Penipuan (Scam) Menggunakan Parcel
14 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 13 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah berkongsi satu video advokasi tentang Klik Dengan Bijak iaitu “Scam (Penipuan) Menggunakan Parcel (Bungkusan)”. Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok. Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang modus operandi scammer yang menipu melalui kaedah penghantaran bungkusan. Antara yang dikongsikan adalah taktik-taktik yang sering digunakan oleh scammer.
Komuniti diingatkan untuk tidak menerima sebarang bungkusan yang tidak diketahui pengirimnya. Komuniti juga dimaklumkan agar tidak menekan sebarang pautan yang diterima melalui pesanan khidmat ringkas (SMS). Dengan perkongsian ini, diharapkan agar dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada komuniti terutamanya warga emas dan golongan yang kurang mahir dengan penggunaan gajet. Pihak PEDi Spaoh berharap komuniti yang melihat video tersebut memperolehi sedikit ilmu mengenai penipuan ini dan lebih berwaspada di kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: