Kelas Usahawan: 5 Stratergi Pemasaran Atas Talian
25 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniIsnin bersamaan 24 Julai 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video “5 Stratergi Pemasaran Atas Talian”. Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Video tersebut dihasilkan adalah untuk berkongsi ilmu kepada para usahawan 5 stratergi terbaik untuk memasarkan perniagaan mereka secara atas talian. Media sosial ialah salah satu strategi pemasaran terbaik untuk meningkatkan kehadiran para usahawan dalam talian dan berkomunikasi dengan pelanggan.
Inilah faedah menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan termasuk:
- Usahawan boleh berkongsi promosi baharu dan akan datang dengan pelanggan
- Pelanggan mudah mencari usahawan dalam talian dan mendapatkan maklumat tentang perniagaan seperti lokasi, waktu buka, butiran hubungan dan banyak lagi.
- Usahawan dapat berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan dan membina hubungan.
Media sosial merupakan satu alat yang serba boleh. Para usahawan boleh menggunakannya untuk bereksperimen dengan format kandungan yang berbeza untuk mengembangkan kehadiran sosial. Pihak PEDi Spaoh berharap usahawan-usahawan yang melihat video tersebut dapat menimba ilmu untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: