Usahawan: Pemasaran di Facebook Marketplace
13 September 2023 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 12 September 2023, seorang usahawan “homestay” telah datang ke PEDi Spaoh untuk belajar cara melakukan pemasaran menggunakan Facebook. Encik Maimun Seruji yang berumur 50 tahun baru sahaja mendaftarkan perniagaan “homestay” beliau. Terdapat 3 buah homestay yang telah diusahakan oleh beliau bersama anak sulungnya. Facebook Marketplace merupakan sebuah platform yang terintegrasi bersama di akaun Facebook peribadi, Facebook Marketplace menawarkan kepada pengguna untuk menjual atau membeli produk-produk baru serta terpakai.
Ia dipaparkan seperti katalog berserta imej dan maklumat tentang sesebuah produk yang dipamerkan. Jika ada yang tertarik, prospek atau bakal pembeli hanya perlu menekan tombol ‘Contact Seller’ untuk berkomunikasi secara terus di Messenger. Platform Facebook Marketplace boleh dilihat pada bahagian kiri akaun Facebook peribadi melalui paparan komputer dan dalam bentuk ikon premis perniagaan pada bahagian bawah timeline melalui paparan smartfon dan tab. Ia turut menyediakan ruang carian bagi memudahkan pengguna mendapatkan kategori produk yang ingin dicari atau dijual.
Facebook Marketplace antara platform yang sesuai untuk individu yang ingin berjinak dalam berjual beli, termasuk usahawan pemula, peniaga mikro dan sederhana serta mereka yang terlibat sebagai ejen jualan. Ia membantu memperkenalkan produk yang disenaraikan kepada lokaliti prospek dan pengguna Facebook yang releven dalam pasaran setempat. Pihak PEDi Spaoh berharap tips yang dikongsikan bersama usahawan Maimun dapat dipraktikkan dalam perniagaan yang diusahakan oleh beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: