Mari Membaca (Tahun 1)

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan aktiviti “Mari Membaca (Tahun 1)”. Aktiviti ini diadakan untuk membantu pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Spaoh. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit. Seorang pelajar tahun 1, adik Farizal telah dibimbing oleh petugas PEDi untuk membaca petikan. Petikan tersebut telah disediakan terlebih dahulu oleh petugas PEDi yang sesuai dengan kemahiran membaca adik Farizal.

Untuk peringkat permulaan, adik Farizal telah membaca tiga buah petikan yang mudah sahaja. Aktiviti ini dilakukan dalam masa yang singkat sahaja supaya adik Farizal tidak hilang fokus. Ibu kepada adik Farizal menyokong aktiviti ini dan menggalakkan anak beliau untuk menyertai aktivi membaca lagi pada masa akan datang. Pihak PEDi Spaoh berharap agar adik Farizal dapat memperbaiki kemahiran membaca dan seterusnya mempunyai minat untuk membaca.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali