Kelas Advokasi Kempen Kitar Peranti Lama Bernafas Baru

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 9 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas “Advokasi Kempen Kitar Peranti Lama Bernafas Baru”. Kelas ini telah diadakan pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Kelas ini telah dihadiri oleh dua orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah. Pada era globalisasi ini, penggunaan peranti elektrik dan elektronik seperti telefon pintar, komputer dan barang perkakasan rumah semakin meningkat selari dengan kemajuaan teknologi. Fenomena ini menyebabkan sisa elektronik yang dihasilkan juga meningkat.

Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa peranti elektrik dan elektronik menjadi satu keperluan dalam urusan seharian kita. Di Malaysia, e-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Penjanaan e-waste terbahagi kepada 2 jenis punca iaitu daripada sektor industri dan yang dihasilkan daripada isi rumah. E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak , tidak berfungsi, lama atau usang. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas pada kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali