Pengenalan Kepada STEM

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 10 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas yang bertajuk “Pengenalan Kepada STEM”. Tujuan kelas tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang hadir mengenai STEM. Kelas tersebut telah dihadiri oleh tujuh orang pelajar sekolah yang terdiri daripada empat orang pelajar sekolah rendah dan tiga orang pelajar sekolah menengah. Semasa kelas berlangsung, pelajar telah diperkenalkan kepada STEM. STEM bermaksud Science, Technology, Engineering, dan Mathematics.

Science sebagai bidang yang menyediakan pengetahuan, Technology adalah pengaplikasiannya, Engineering menjurus kepada penyelesaian masalah, dan Mathematics adalah bidang pengkuantitian supaya penerokaan yang dilakukan bersifat munasabah dan boleh didefinisi secara operasi. Melalui STEM, pelajar belajar subjek sukar seperti sains dan matematik dengan lebih seronok serta lebih kepada pengaplikasian berbanding teori semata-mata. Pihak PEDi Spaoh berharap agar kelas pengenalan yang telah diadakan akan menimbulkan rasa ingin tahu dan minat para pelajar untuk belajar lebih mendalam lagi mengenai topik ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali