Kelas ICT: Formula Microsoft Excel
18 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 17 Jun 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video Formula Microsoft Excel. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Video tersebut dihasilkan adalah untuk memberikan sedikit peneramgan formula ringkas Microsoft Excel yang boleh digunakan. Fail di dalam Microsoft Excel dikenali sebagai bukukerja (WorkBook) yang tergolong di dalam kategori helaian eletronik (spreadsheet). Secara default, Excel menyediakan 3 lembaran kerja (sheet) yang boleh ditambah, dibuang, disalin dan dipindah.
Microsoft Excel berguna untuk menyimpan dan memanipulasikan data, pengiraan, ringkasan dan juga penganalisaan data, memasukkan gambar, carta dan data dari internet. Satu lembaran sama seperti lejer akauntan yang disusun dalam lajur yang menegak (column) dan baris yang melintang (row). Pertembungan diantara baris dan lajur dinamakan sel (cell). Setiap sel dirujuk dengan alamat (address) dan boleh mengandungi nombor, teks atau formula. Dalam Excel, formula adalah ungkapan atau operasi matematik untuk membuat pengiraan untuk tujuan mendapatkan hasil yang kita mahukan. Sebagai contoh, kita mahu menjumlahkan nilai sel A1 dan sel A2, maka formulanya adalah:
- =A1+A2
Formula ini mestilah diawali dengan tanda (=) dan ditaip di dalam kotak formula:
- Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut dapat membantu para pelajar yang ingin mengetahui formula ringkas Microsoft Excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: