Kelas Advokasi Buli Siber

5 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 4 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Advokasi Buli Siber. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada masyarakat serba sedikit ilmu berkaitan buli siber. Program sebegini dapat membantu masyarakat lebih mendalami dan cakna akan isu buli siber. Kelas Advokasi Buli Siber dilakukan secara bersemuka yang melibatkan tujuh orang pelajar terdiri daripada 4 pelajar sekolah rendah dan 3 pelajar sekolah menengah. Soal jawab turut dilakukan di penghujung sesi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para pelajar faham isu yang dibincangkan. Petugas PEDi turut menyediakan satu kuiz mengguna Wordwall untuk memberi peluang para pelajar yang hadir lebih memahami isu yang sedang dibincang bersama.

Antara kebaikan aktiviti ini adalah:

Program sebegini dapat membentuk jati diri yang utuh dalam diri pelajar agar mereka lebih cakna akan isu-isu semasa dan cara untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam isu buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali