Kelas Canva (Video Pembentangan)
13 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 12 Ogos 2023, pihak PEDi Spaoh telah mengadakan kelas “Canva (Video Pembentangan). Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengajar salah seorang pelajar STPM SMK Spaoh untuk menghasilkan video pembentangan hanya menggunakan Canva. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam 30 minit.
5 menariknya Canva :
- Muat Naik Gambar Dan Video Terus Dari Telefon Pintar
- Telefon pintar / smartphone zaman kini semakin canggih dan gambar yang diambil adalah cantik dan menarik. Canva memudahkan pereka menggunakan gambar tersebut untuk editing dan menyediakan fungsi ini supaya pereka boleh memuatnaik gambar yang ingin dimasukkan di dalam poster atau video. Pereka hanya perlu klik butang Upload Files dan kemudian aplikasi Canva akan terus pergi ke Gallery handphone atau laptop pereka.
- Memasukkan Text Dan Video Dalam Design
- Text @ tulisan merupakan elemen penting sewaktu mencipta sesuatu design bagi poster atau video. Contohnya jika hendak menulis nombor telefon atau nama media social (FB & IG) sebagai rujukan kepada prospek, maka boleh klik pada simbol ‘T’ seperti gambar di bawah dan taip perkataan yang anda ingin dimasukkan.
- Template Disediakan Secara Percuma
- Setiap design memerlukan saiz dan ukuran yang berbeza mengikut kehendak pereka dan design yang akan dihasilkan. Canva menyediakan template percuma seperti Facebook Cover, Instagram Stories, Instagram Post, Business Card, Poster, Banner dan tujuan lain. Pereka hanya perlu pilih dan ubah suai mengikut citarasa tersendiri.
- Pelbagai Gambar Dan Latar Belakang Sedia Ada
- Canva adalah aplikasi yang terbaik yang boleh digunakan untuk pereka amatur mahupun profesional, serta menjadikan kerja design lebih mudah dan jimat masa! Terdapat beribu gambar, samada statik (jpg) mahupun bergerak (gif image) disediakan secara percuma. Pereka hanya perlu masukkan ke dalam rekaan mengikut kesesuaian tema dan konsep yang ingin dibangunkan.
- Audio & Video Juga Ada
- Fungsi Canva semakin menarik apabila audio dan video turut boleh dimasukkan, menjadikan rekaan ada nilai tambah serta menarik lebih ramai audien dan engagement terutama untuk pemasaran produk. Hanya klik butang audio dan pilih audio yang diminati.
Pihak PEDi Spaoh berharap peserta yang hadir dapat menimba ilmu baru yang boleh dimanfaatkan ketika membuat slide pembentangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: