Kelas Keusahawanan: Setting Up Facebook Page

12 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 11 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas bimbingan keusahawanan iaitu “Setting Up Facebook Page”. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang usahawan PEDi Spaoh iaitu Puan Jamilah, dan dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Spaoh. Puan Jamilah mula berniaga makanan seperti nasi kerabu, nasi kukus ayam berempah, nasi dagang dan sebagainya, sejak beliau pencen awal tahun 2023.

Melihatkan sambutan yang menggalakkan dari komuniti Spaoh, beliau dan suami bercadang untuk membuka sebuah kedai makan. Disebabkan itu, mereka ingin membuka sebuah laman Facebook Page untuk mengemas kini status dan menu makanan serta minuman di kedai makanan mereka. Ini sekaligus memudahkan para pelanggan untuk mengetahui sebarang kemas kini dari kedai makanan pasangan suami isteri ini.

Antara elemen-elemen yang terkandung dalam sesi bimbingan tersebut adalah:

Pihak PEDi Spaoh berharap agar Puan Jamilah dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan, dan perniagaan makanan beliau serta suami berkembang maju.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali