Kelas Bahasa Melayu: Kata Ganda
16 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 15 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas Bahasa Melayu iaitu “Kata Ganda”. Kelas tersebut telah dihadiri oleh empat orang pelajar sekolah rendah dan tiga orang pelajar sekolah menengah. Dalam kelas Bahasa Melayu kali ini para pelajar diberikan definisi kata ganda, iaitu proses pengulangan perkataan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Para pelajar juga didedahkan dengan beberapa jenis kata ganda.
Antara elemen-elemen lain yang terkandung dalam kelas tersebut adalah:
- Jenis kata ganda seluruh beserta contoh.
- Jenis kata ganda separa beserta contoh.
- Jenis kata ganda berentak beserta contoh.
Setelah penerangan diberikan, para pelajar telah diminta untuk menyelesaikan latihan yang telah disediakan dalam laman web Quizziz. Kelas berakhir pada jam 12 tengahari. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: