Kelas ICT: Kenali Komputer dan Fungsinya

25 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 24 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas “Kelas ICT: Kenali Komputer dan Fungsinya”. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sejarah komputer dan sebagainya. Kelas berdurasi 1 jam 30 minit tersebut memberi banyak kebaikkan kepada para pelajar yang hadir. Seramai 3 pelajar sekolah rendah telah hadir ke kelas tersebut.

Komputer adalah mesin atau peranti yang melakukan proses, pengiraan dan operasi berdasarkan arahan yang disediakan oleh perisian atau program perkakasan. Ia direka untuk melaksanakan aplikasi dan menyediakan pelbagai penyelesaian dengan menggabungkan komponen perkakasan dan perisian bersepadu.

Komputer terdiri daripada beberapa bahagian dan komponen yang memudahkan fungsi pengguna. Komputer mempunyai dua kategori utama:
1. Perkakasan - Struktur fizikal yang menempatkan pemproses komputer, memori, penyimpanan, pelabuhan komunikasi dan peranti periferi.
2. Perisian- Termasuk sistem operasi (OS) dan aplikasi perisian.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut dapat membuka minda para pelajar yang hadir untuk mengetahui sejarah terciptanya komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali