Kelas Usahawan: 6 Cara Buat Video Bisnes di YouTube
17 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPihak PEDi Spaoh telah menyediakan beberapa video untuk usahawan-usahawan di Spaoh. Salah satu video yang dihasilkan adalah “6 Cara Buat Video Bisnes di YouTube”. Video yang berdurasi 1 minit 30 saat tersebut bertujuan untuk memberikan idea ringkas menghasilkan video bisnes mengguna YouTube. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.
Video telah menjadi antara kandungan penting dalam pengalaman pengguna digital pada hari ini. Dengan kemajuan teknologi serta penggunaan peranti digital yang terus meningkat di kalangan masyarakat, trend video juga turut mengalami percambahan kreativiti dan permintaan dengan kadar yang drastik di seluruh dunia. Antara platform pengumpulan dan perkongsian kandungan video secara dalam talian adalah YouTube. Oleh hal yang demikian, kini usahawan perlu melihat lebih jauh daripada hanya teks dan gambar dalam menjelaskan mengenai perniagaan mereka. Video merupakan platform menyampaikan maklumat perniagaan dengan lebih mudah dan berkesan. Melalukan ‘product demo’, menjelaskan mengenai perniagaan dan juga membina jenama, video dapat memberi lebih banyak maklumat dalam masa yang lebih singkat kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan.
Antara 6 cara untuk menghasilkan video bisnes hanya menggunakan platfrom YouTube adalah:
1. Mempunyai akaun Google dan YouTube.
2. Teknik berhadapan camera.
3. Kualiti Video yang jelas.
4. Video Tutorial.
5. Video Teknik & Perniagaan.
6. Menambah koleksi video.
Pihak PEDi Spaoh berharap pendedahan sebegini diharap dapat membantu untuk meningkatkan lagi bisnes para usahawan di sekitar Spaoh. Setiap perniagaan yang diadakan mampu membawa keuntungan sekiranya kita bijak mengatur stratergi. Sememangnya menggunakan video memerlukan usaha lebih sedikit, namun, usaha lebih inilah yang akan membezakan anda dengan pesaing anda. Mudahan, anda juga memikirkan mengenai video dalam pemasaran perniagaan anda!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: