Kelas Advokasi Buli Siber
16 April 2023 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 15 April 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Advokasi: Buli Siber. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada masyarakat serba sedikit ilmu berkaitan buli siber. Program sebegini dapat membantu masyrakat lebih mendalami dan cakna akan isu buli siber.
Kelas Advokasi: Buli Siber dilakukan secara bersemuka yang melibatkan empat orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Soal jawab turut dilakukan di penghujung sesi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para pelajar faham isu yang dibincangkan.
Antara kebaikan aktiviti ini adalah:
• Para pelajar dapat mengetahui definisi buli siber dengan lebih mendalam
• Para pelajar dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat kepada orang yang dibuli
• Para pelajar dapat mempraktikkan petua keselamatan yang diperlukan ketika di alam maya
• Kesan-kesan buli siber turut diperjelaskan kepada para pelajar.
• Para pelajar dapat mengetahui peranan ibu bapa dalam membendung masalah buli siber dengan lebih jelas
Program sebegini dapat membentuk jati diri yang utuh dalam diri pelajar agar mereka lebih cakna akan isu-isu semasa dan cara untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam isu buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: