Advokasi: Penipuan Internet
12 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 11 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas “Advokasi: Penipuan Internet. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penipuan Internet yang acap kali berlaku. Kelas yang berlangsung selama satu jam tersebut memberi banyak kebaikan kepada para pelajar yang hadir. Seramai 2 orang pelajar sekolah rendah telah hadir ke kelas tersebut.
Tindakan proaktif dan kawalan diri adalah antara langkah yang penting dalam pencegahan jenayah berkaitan penipuan internet. Keupayaan individu dalam mengawal emosi dan keinginan dalam memberikan respon atau reaksi dalam ruangan siber adalah etika penting dalam mengawal selia internet.
Berikut merupakan antara langkah atau etika dalam mencegah jenayah penipuan internet:
- Jangan kongsi maklumat peribadi.
- Sentiasa waspada dengan serangan penggodam.
- Abaikan mesej dari sumber yang tidak pasti.
- Pastikan komputer atau peranti dilindungi dengan anti-virus.
- Sentiasa kemas kini perisian peranti.
- Elakkan berkongsi maklumat perbankan.
- Tidak menjawab sebarang panggilan yang mencurigakan.
- Tidak panik apabila menerima panggilan atau SMS daripada orang yang tidak dikenali.
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut, para pelajar dapat memperolehi sedikit pengetahuan tentang isu ini dan mampu melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: