Video Advokasi Dadah Pemusnah Negara

30 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa bersamaan 29 November 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah menyediakan video advokasi Dadah Pemusnah Negara. Video tersebut telah dihantar ke platform media PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagihan dan akan terus bengantung kepadanya.

Antara maklumat yang terdapat dalam video tersebut adalah:

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu.

Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut dan cakna akan implikasi apabila terjerumus dalam masalah penyalahgunaan dadah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali