Taklimat Skim Pembiayaan Mikro/i BSN-Semarak Niaga: Semarak PEDi
26 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniIsnin bersamaan 25 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mendapat kunjungan daripada 2 orang pegawai BSN iaitu Encik Richard Juman dan Encik Rapa'ie Bin Sudin untuk memberikan taklimat berkaitan BSN Semarak Niaga dibawah Semarak PEDi. Taklimat tersebut dihadiri oleh 4 orang usahawan yang berdaftar di bawah PEDi Spaoh. BSN Micro/i Semarak PEDi ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.
Antara intipati Taklimat Skim Pembiayaan Mikro/i BSN-Semarak Niaga: Semarak PEDi tersebut adalah:
- Siapakah yang layak memohon BSN Micro/i Semarak PEDi
- Ciri-ciri pinjaman
- Tujuan pembiayaan tersebut
- Amaun pembiayaan
- Tempoh pembiayaan
- Kadar keuntungan dan faedah
- Langkah-langkah untuk memohon BSN Micro/i Semarak PEDi
- Dokumen-dokumen penting yang diperlukan
- Sesi soal jawab
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya taklimat tersebut dapat membantu para usahawan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan. Mereka perlu sedar bahawa skim pembiayaan ini mampu membantu mereka untuk meningkatkan lagi perniagaan yang mereka jalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: