Advokasi: Jangan Terlebih Kongsi

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Advokasi: Jangan Terlebih Kongsi. Kelas tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat jangan terlebih kongsi maklumat ke laman sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kehidupan mereka. Kelas tersebut dihadiri 3 orang pelajar. Kelas tersebut diadakan selama 1 jam 30 minit. Para pelajar diingatkan untuk menggunakan media sosial secara positif dan beretika. Penerapan nilai murni, sikap bertoleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dalam mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.

Para pelajar turut didedahkan 3 langkah terbaik untuk membendung berita palsu.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas advokasi dapat membantu para pelajar untuk menjaga keselamatan mereka sekaligus dapat membuka mata mereka untuk tidak berkongsi maklumat di media social.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali