E-learning: Cara Buat Email

10 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 9 July 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas E-learning: Cara Buat Email secara bersemuka. Kelas tersebut dihadiri 6 orang pelajar. Tujuan kelas tersebut adalah untuk mengajar pelajar-pelajar berkenaan cara yang betul untuk menghasilkan email. Pihak PEDi Spaoh mendapati ramai pelajar yang tidak mempunyai email dan dengan adanya kelas ini para pelajar akan lebih mudah mengikuti kelas-kelas ICT seterusnya seperti Canva, Google Meet dan sebagainya.

Satu perkara penting bagi sesiapa yang melayari Internet adalah memiliki alamat email. Email adalah kemudahan komunikasi yang penting bagi banyak perkara pada masa ini. Dengan email, komunikasi dan pengkongsian maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat walaupun dimana jua anda berada melalui Internet. Selain itu juga, mereka turut didedahkan bahawa pemberian email kepada orang yang tidak dikenali akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada mereka. Oleh hal yang demikian para pelajar yang berumur dibawah 13 tahun memerlukan kebenaran daripada ibu bapa untuk mendaftar email tersebut. Mereka tahu bahawa email merupakan maklumat peribadi yang tidak boleh dikongsi. Para pelajar turut didedahkan kepentingan email. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas sebegini dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar di sekitar Spaoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali