Kelas Advokasi: Check Your Label (CYL)

29 April 2022 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 28 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Advokasi Check Your Label (CYL) bertempat di PEDi Spaoh. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang kempen kesedaran CYL ini. Kelas Advokasi: Check your Label (CYL) dilakukan secara bersemuka yang melibatkan enam orang pelajar terdiri daripada 3 pelajar sekolah rendah dan 3 pelajar sekolah menengah. Soal jawab turut dilakukan di penghujung sesi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para pelajar faham isu yang dibincangkan.

Check Your Label merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan satu kempen kesedaran terhadap penggunaan peralatan komunikasi yang perlu mempunyai label MCMC yang sah untuk tujuan keselamatan ketika penggunaan. Tujuan kempen Check Your Label ini adalah untuk mendidik dan mendedahkan secara lebih terperinci kepada pengguna peralatan komunikasi pentingnya menyemak label MCMC di peralatan komunikasi mereka. Pengguna boleh menyemak label MCMC sama ada di laman web yang disediakan ataupun melalui aplikasi mudah alih Check Your Label yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut, masyarakat Spaoh akan lebih cakna untuk menyemak peranti yang mereka gunakan di rumah dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali