Advokasi Check Your Label (CYL)
5 April 2022 | Aktiviti TerkiniIsnin bersamaan 4 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan video Advokasi Check Your Label (CYL) yang berdurasi 2 minit 50 saat. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang kempen kesedaran CYL ini. Video tersebut telah dihantar melalui Facebook dan Instagram. Check Your Label merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan satu kempen kesedaran terhadap penggunaan peralatan komunikasi yang perlu mempunyai label MCMC yang sah untuk tujuan keselamatan ketika penggunaan.
Tujuan kempen Check Your Label ini adalah untuk mendidik dan mendedahkan secara lebih terperinci kepada pengguna peralatan komunikasi pentingnya menyemak label MCMC di peralatan komunikasi mereka. Pengguna boleh menyemak label MCMC sama ada di laman web yang disediakan ataupun melalui aplikasi mudah alih Check Your Label yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut, masyarakat Spaoh akan lebih cakna untuk menyemak peranti yang mereka gunakan di rumah dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: