Bisnes 101: Sebelum Memulakan Perniagaan

6 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 5 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan video mengenai asas keusahawanan.

Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti tentang perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum mereka membuat keputusan untuk memulakan perniagaan. Dengan kata lain, bakal usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan mereka yang akan memudahkan usaha mereka untukberniaga.

Antara pengisian video ini ialah perkara-perkara yang perlu bakal usahawan titikberatkan sebelum memulakan perniagaan mereka. Contohnya, penyediaan modal, pilihan produk/perkhidmatan yang hendak ditawarkan, operasi perniagaan yang membincangkan hal-hal pengurusan, dan lain-lain.

Dengan video ini, komuniti setempat dapat diberi pendedahan mengenai asas keusahawanan dan mampu mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari agar sejajar dengan matlamat PEDi iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali