Kelas Advokasi: Buli Siber (Say No To Cyber Bullying)
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 23 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Advokasi:Buli Siber (Say No To Cyber Bullying). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada masyarakat serba sedikit ilmu berkaitan buli siber. Program sebegini dapat membantu masyrakat lebih mendalami dan cakna akan isu buli siber.
Kelas Advokasi: Buli Siber (Say No To Cyber Bullying) dilakukan secara bersemuka yang melibatkan enam orang pelajar terdiri daripada 3 pelajar sekolah rendah dan 3 pelajar sekolah menengah. Soal jawab turut dilakukan di penghujung sesi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para pelajar faham isu yang dibincangkan.
Antara kebaikan aktiviti ini adalah:
- Para pelajar dapat mengetahui definisi buli siber dengan lebih mendalam
- Para pelajar dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat kepada orang yang dibuli
- Para pelajar dapat mempraktikkan petua keselamatan yang diperlukan ketika di alam maya
- Kesan-kesan buli siber turut diperjelaskan kepada para pelajar.
Program sebegini dapat membentuk jati diri yang utuh dalam diri pelajar agar mereka lebih cakna akan isu-isu semasa dan cara untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam isu buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: