Video Advokasi Check Your Label (CYL)

24 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 24 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video advokasi Check Your Label (CYL) yang berdurasi 3 minit 7 saat. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang kempen kesedaran CYL ini. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.

Check Your Label merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan satu kempen kesedaran terhadap penggunaan peralatan komunikasi yang perlu mempunyai label MCMC yang sah untuk tujuan keselamatan ketika penggunaan. Tujuan kempen Check Your Label ini adalah untuk mendidik dan mendedahkan secara lebih terperinci kepada pengguna peralatan komunikasi pentingnya menyemak label MCMC di peralatan komunikasi mereka.

Pengguna sering diingatkan untuk memastikan label MCMC ada pada telefon pintar dan menyemak kesahihannya sebelum membuat sebarang pembelian telefon pintar dari pelbagai jenama yang dijual di pasaran tempatan. Namun secara umumnya, peralatan yang mempunyai keupayaan untuk bersambung dengan rangkaian komunikasi atau peralatan yang berkomunikasi dengan menggunakan gelombang radio (peralatan wayarles) wajib diperakui dan mempunyai label MCMC. Oleh yang demikian, keperluan pemerakuan dan label MCMC tidak terhad hanya kepada telefon pintar sahaja semata-mata.

Berikut adalah antara contoh-contoh peralatan komunikasi dan wayarles yang wajib diperakui dan mempunyai label MCMC:

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut, masyarakat Spaoh akan lebih cakna untuk menyemak peranti yang mereka gunakan di rumah dan sebagainya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali