Advokasi E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara
24 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 23 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas “Advokasi E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara”. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan masyarakt tentang “E-waste”. Masyarakat akan lebih cakna apabila mereka memahami cara yang terbaik untuk mengendalikan E-waste. Selain itu, bagi meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap buangan e-waste, semua pihak perlu berganding bahu dan mewujudkan jaringan kerjasama dengan semua lapisan masyarakat dan pihak berkepentingan dalam pengendalian e-waste dari isi rumah.
E-waste merujuk kepada semua produk elektronik yang telah mencapai akhir hayat penggunaannya. Contoh umum e-waste termasuk telefon bimbit, komputer, televisyen, monitor, pencetak dan gelombang mikro. Walau bagaimanapun, definisi ini merangkumi produk yang mempunyai bateri atau palam.
Pengurusan bahan-bahan elektrik ini adalah amat penting, sekiranya bahan e-waste yang tidak terurus ianya boleh:
- Meresap ke air bawah tanah (groundwater)
- Terlepas ke udara
- Masuk ke dalam kitaran kehidupan
- Pencemaran kepada pertanian dan penternakan
- Mutasi dan kecacatan kepada makluk hidup dan alam.
- Menjejaskan alam sekitar – kepupusan spesis.
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas “Advokasi E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara” ini mampu memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat setempat untuk lebih cakna tentang E-waste. Ilmu yang mereka perolehi dapat dipraktikkan di rumah masing-masing
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: