Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi 1/2022

21 April 2022 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 20 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Spaoh. Kursus ini merupakan kolaborasi PEDi Spaoh bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant yang diadakan secara dalam talian dan menarik minat tiga orang penduduk sekitar Spaoh (dua orang peserta menjalani kursus di rumah atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tujuan utama kursus tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang kaedah pengendalian makanan yang betul dan selamat terutamanya kepada pengusaha makanan sekitar Spaoh. Mana-mana pengusaha makanan yang didapati tidak menghadiri kursus ini dan tiada sijil boleh dikenakan denda serta hukuman yang telah ditetapkan. Para peserta yang telah melengkapkan kursus selama tiga jam ini akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui petugas PEDi Spaoh. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali