Taklimat Keselamatan Kebakaran
29 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniJumaat bersamaan 28 Oktober 2022, pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah meluangkan masa untuk memberi Ceramah Keselamatan Kebakaran kepada komuniti dan juga petugas PEDi Spaoh, PEDi Engkelili dan PEDi Lubok Antu. Ceramah tersebut berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 4.30 petang. Taklimat keselamatan kebakaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada petugas PEDi tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku semasa kebakaran. Ini juga penting untuk memastikan agar komuniti sentiasa berwaspada dan cakna terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Peserta telah didedahkan tentang beberapa perkara penting iaitu:
- Cara penggunaan alat pemadam api
- Jenis-jenis pemadam api
- Langkah-langkah yang diambil untuk mencegah kebakaran
- Punca-punca kebakaran yang berlaku
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya taklimat keselamatan kebakaran tersebut dapat membantu komuniti untuk meningkatkan pengetahuan atau ilmu mengenai cara mencegah kebakaran dengan cepat khasnya di kawasan kampung yang rata-ratanya terletak sangat berdekatan antara satu sama lain dan juga mempunyai kemahiran asas atau teknik menggunakan alat pemadam api yang betul
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: