Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (Quizizz)

20 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan kuiz advokasi klik dengan bijak.

Kuiz tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti setempat mengenai penyebaran maklumat palsu, buli siber di media sosial dan pihak yang berwajib perlu dihubungi apabila buli siber berlaku. Kuiz advokasi tersebut berlangsung secara atas talian menerusi platform Quizizz dan telah dijawab oleh seramai 14 orang responden yang terdiri daripada pelajar. Terdapat 12 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan maklumat palsu, buli siber, dan pengetahuan mengenai keselamatan internet.

Pihak PEDi Spaoh berharap adanya kuiz advokasi sebegini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti terutamanya para pelajar mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan buli siber dan langkah yang terbaik untuk mengelak diri daripada terjerumus dalam buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali