Asas Microsoft Word
17 April 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 16 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas ICT bersemuka untuk belajar asas Microsoft Word. Tujuan utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan asas utama dalam Microsoft Word. Kelas ICT tersebut telah dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah dan 2 orang pelajar sekolah menengah.
Peserta yang baru pertama kali mengikuti kelas ini telah diperkenalkan dengan Interface Microsoft Excel. Bukan itu sahaja, latihan menaip turut diberikan kepada para pelajar. Kelas ICT tersebut dijalankan selama satu jam bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Kelas ICT yang telah dijalankan mendapat respon/feedback yang positif dari pelajar terutamanya buat mereka yang pertama kali belajar Microsoft Word. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas ICT sebegini mampu membantu para pelajar untuk belajar lebih mendalam berkenaan Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: