E-learning: Google Meet
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 16 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas E-learning: Google Meet secara bersemuka. Kelas tersebut dihadiri 4 orang pelajar. Tujuan kelas tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan aplikasi Google Meet. Google Meet merupakan salah satu produk buatan Google yang merupakan komunikasi video yang dikembangkan oleh Google. Aplikasi Google Meet merupakan salah satu dari dua aplikasi dengan versi terbaru yang mana versi sebelumnya adalah Google Chat dan Google Hangouts.
Para pelajar turut didedahkan dengan kelebihan Google Meet. Antara kelebihan Google Meet ialah:
- Menarik, senang digunakan untuk mengadakan mesyuarat secara maya.
- Boleh dibuka melalui pelbagai platform (PC, Android, iOS).
- Terdapat pelbagai filter yang menarik
- Meet yang terangkum dalam Google Workspace for Education ini bersepadu dengan produk lain seperti Classroom, Slides, Docs dan Gmail dengan lancar.
- Boleh disertai sehingga 100 peserta dan lihat maksimum 49 peserta dalam paparan berjubin
- Galakkan penyertaan aktif dengan ciri angkat tangan maya, papan putih digital dan reaksi dalam mesyuarat
- Pengalaman video dan audio berkualiti tinggi di seluruh sistem pengendalian dan peranti – bahkan dioptimumkan untuk lebar jalur rendah dan persekitaran gelap
Para pelajar turut dapat mempelajari cara untuk melakukan pembentangan menggunakan Google Meet. Ilmu yang diberikan dapat dipraktikkan apabila kelas secara atas talian berlangsung.
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas ini dapat membantu para pelajar untuk mempelajari ilmu baru iaitu ilmu berkaitan Google Meet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: