Kelas Microsoft PowerPoint
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 14 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas ICT bersemuka untuk belajar asas Microsoft PowerPoint. Tujuan utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan asas utama dalam Microsoft PowerPoint. Kelas ICT tersebut telah dihadiri oleh tiga orang pelajar Tingkatan Enam Rendah. Pelajar-pelajar ini berminat untuk mempelajari Microsoft PowerPoint untuk membantu mereka melakukan pembentangan tajuk-tajuk dalam silibus pembelajaran mereka.
Peserta yang baru pertama kali mengikuti kelas ini telah diperkenalkan dengan Microsoft PowerPoint. Bukan itu sahaja, latihan untuk menyediakan slaid pembentangan yang menarik turut diberikan kepada para pelajar. Kelas ICT tersebut dijalankan selama satu jam bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi. Kelas ICT yang telah dijalankan mendapat respon yang positif dari pelajar terutamanya buat mereka yang pertama kali belajar Microsoft PowerPoint. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas ICT sebegini mampu membantu para pelajar untuk belajar lebih mendalam berkenaan Microsoft PowerPoint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: