Video Peniaga vs Usahawan

22 November 2022 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 11 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video bertajuk “Peniaga vs Usahawan” yang berdurasi 1 minit 15 saat. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberikan input berkaitan perbezaan antara peniaga dan usahawan.

Orang ramai sering salah faham dan menganggap bahawa peniaga dan usahawan adalah entiti yang sama. Tidak semua peniaga adalah usahawan, namun semua usahawan adalah peniaga. Usahawan bermula sebagai seorang peniaga sebelum mengembangkan perniagaan mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Peniaga pula cenderung untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan dan mengekalkan skala perniagaan mereka bagi menyara diri dan keluarga.

Ciri-ciri utama perbezaan antara peniaga dan usahawan yang dibincangkan dalam video tersebut ialah:

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut mampu membantu masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia keusahawanan dan seterusnya berminat untuk menceburi bidang keusahawan, sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali