Video Kelebihan Berniaga di Shopee
11 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPihak PEDi Spaoh telah menyediakan beberapa video untuk usahawan-usahawan di Spaoh. Salah satu video yang dihasilkan adalah “Kelebihan Berniaga di Shopee”. Video yang berdurasi 2 minit tersebut bertujuan untuk menghuraikan beberapa kelebihan apabila berniaga di Shopee. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.
Kini, semakin ramai memilih untuk melakukan bisnes online dari rumah. Ini berikutan keadaan ekonomi yang terjejas dan peningkatan kos sara hidup sebelum mahupun selepas pandemik. Sebagai salah satu platform e-commerce yang terbesar di Malaysia, peluang yang diberikan Shopee untuk peniaga berniaga di Shopee seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Salah satu kelebihan paling ketara adalah cara jual barang di Shopee ini cukup mudah. Usahawan hanya memerlukan telefon pintar sahaja.
Antara kelebihan berniaga di Shopee adalah:
- Kedai Shopee sangat mudah diuruskan
- Tatacara pendaftaran seller yang mudah
- Proses kelulusan yang singkat
- Tidak perlu tampilkan lesen perniagaan
- Tiada syarat yang ketat terhadap produk
Pihak PEDi Spaoh berharap pendedahan sebegini diharap dapat membantu untuk meningkatkan lagi bisnes para usahawan di sekitar Spaoh. Setiap perniagaan yang diadakan mampu membawa keuntungan sekiranya kita bijak mengatur stratergi. Shopee adalah platform yang mudah untuk mencari sumber perbelanjaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: