Kelas Microsoft Word (Asas Membuat Garisan Pada Surat)
20 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 19 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah memuatnaik video asas cara membuat garisan pada surat menggunakan Microsoft Word di laman Facebook dan Instagram. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang asas penggunaan Microsoft Word dan cara membuat garisan pada surat. Antara pengisian semasa kelas ialah memperkenalkan cara mudah bagi membuat lima jenis garisan yang biasa digunakan pada surat.
Selain daripada menaip simbol secara manual untuk membuat garisan, terdapat cara lebih mudah dan cepat, yang ditunjukkan melalui video tutorial tersebut. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak komuniti dapat mengumpul sedikit pengetahuan am berkenaan Microsoft Word untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: