Kelas Softskills (Moral dan Etika Profesional) Kumpulan 2

10 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 9 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskills iaitu ‘Moral dan Etika Profesional’ yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh. Tujuan utama kelas ini untuk mengajar dan memberi pendedahan awal kepada para peserta salah satu daripada prinsip penting dalam kemahiran insaniah iaitu Moral dan Etika Profesional. Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

Pada awal kelas, peserta diterangkan kelas yang akan diadakan serta isi kandungan kelas tersebut. Peserta dijelaskan definisi moral dan etika serta professional di mana setiap perkataan tersebut mempunyai mksud yang tersendiri. Kemudian peserta diterangkan berkenaan etika professional di mana ia ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara menentukan kualiti moral, professional dan nilai. Selain itu, peserta diajar dan dijelaskan cara pembentukan moral dan etika di mana ia bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri. Kemudian peserta diterangkan faktor yang mempengaruhi pembentukkan moral dan etika individu seperti pengaruh keluarga, keadaan persekitaran, pengaruh rakan, pengalaman hidup dan prinsip hidup. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali