Perkongsian KDB: Scam Menggunakan Parcel

16 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 15 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh telah berkongsi satu video tentang Klik Denga Bijak iaitu scam (penipuan) menggunakan parcel (bungkusan) yang dikongsi di Facebook dan Instagram. Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang modus operandi scammer yang menipu melalui kaedah penghantaran bungkusan. Antara yang dikongsikan adalah taktik-taktik yang sering digunakan oleh scammer.

Komuniti diingatkan untuk tidak menerima sebarang bungkusan yang tidak diketahui pengirimnya.Komuniti juga dimaklumkan agar tidak menekan sebarang pautan yang diterima melalui pesanan khidmat ringkas (SMS). Dengan perkongsian ini, diharapkan agar dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada komuniti terutamanya warga emas dan golongan yang kurang mahir dengan penggunaan gajet. Perkongsian ini sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali