Cara Merakam Layar Laptop Tanpa Menggunakan Aplikasi

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 16 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah menyediakan video cara merakam layar laptop tanpa menggunakan aplikasi. Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara mudah untuk menyenangkan kita dalam melakukan tugasan. Antara pengisian video ialah menggunakan shortcut pada papan kekunci iaitu Windows+Alt+R. setelah itu akan keluar simbol rekod pada layar laptop.

Video tersebut akan tersimpan ke dalam fail video yang terdapat pada laptop itu sendiri. Dengan video ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar supaya dapat memudahkan kerja mereka dalam melakukan tugasan agar sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali