Program Bual Bicara bersama Usahawan Pes Laksa Sarawak (Mom’s Laksa)

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 22 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Program Bual Bicara bersama Usahawan Pes Laksa Sarawak (Mom’s Laksa) secara langsung di StreamYard dan Facebook. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai disamping mengupas inspirasi tercetusnya idea bagi resepi tersebut. Antara pengisian program ini ialah sesi perkenalan antara tetamu jemputan dan beberapa wakil dari PIK lain. Seterusnya sesi perkongsian dari tetamu jemputan tentang bagaimana beliau terfikir untuk menjual produk tersebut.

Tercetusnya idea untuk menjual pes Laksa Sarawak adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pembeli untuk membeli Laksa Sarawak dari mereka. Kini pes Laksa Sarawak Mom’s Laksa boleh didapati daripada agen-agen sah mereka dan platform membeli-belah atas talian seperti Shopee. Usahawan tersebut turut menyatakan perancangan mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa bermula dengan Singapura. Di samping itu, terdapat juga sesi soal jawab dari tetamu dan pihak PIK. Dengan progran ini, Pihak PIK dapat membantu usahawan tersebut memperkenalkan pes Laksa Sarawak tersebut kepada orang ramai agar Laksa Sarawak mereka mendapat sambutan yang lebih baik lagi di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali