Program Bual Bicara bersama Pencetus Resepi Manok Ngesit
23 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 22 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Program Bual Bicara bersama Pencetus Resepi Manok Ngesit yang berlangsung secara live di StreamYard dan Facebook Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai disamping mengupas inspirasi tercetusnya idea resepi tersebut. Antara pengisian program ini ialahsesi perkenalan antara tetamu jemputan dan beberapa wakil dari PIK lain.
Seterusnya sesi perkongsian dari tetamu jemputan bagaimana beliau mencipta atau terfikir untuk menjual dan membuat produk tersebut. Tetamu juga berkongsi apa yang menyebabkan produk tersebut lain dari yang lain kerana terdapat resepi rahsia yang membuatkan rasanya lain dari yang lain. Malah terdapat juga promosi dimana terdapat penghantaran percuma ke kawasan yang terdekat untuk menarik orang untuk mencuba merasa manok ngesit tersebut. Di samping itu, sesi soal jawab dari tetamu dan pihak PIK. Dengan progran ini, Pihak PIK dapat membantu usahawan tersebut memperkenalkan manok ngesit tersebut kepada orang ramai agar manok ngesit tersebut lebih banyak pembeli tidak hanya dalam golongan muda sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: