Kelas ICT (Masa Depan Komputer Bahagian 2: Kemunculan Teknologi)

9 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 8 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Masa Depan Komputer Bahagian 2: Kemunculan Teknologi’ yang bermula pada jam 3:30 petang hingga 4:00 petang. Kelas ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah kampung Spaoh. Tujuan utama kelas ini untuk memberi pendedahan kepada asas pengetahuan ICT iaitu berkenaan dengan kemunculan serta perkembangan teknologi sejajar dengan peredaran masa. Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan.

Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Peserta pada mulanya diterangkan mengenai sidang teknologi peringkata antarabangsa yang akan diadakan pada setiap tahun yang di kenali sebagai International Conference seperti International CES. Pada sidang ini, segala bentuk perkembangan teknologi baru akan di pamerkan sama ada dalam bentuk akhir produk ataupun masih dalam bentuk prototaip. Antara teknologi baru yang giat dibangunkan ialah Papertab (Tablet hitam putih yang berfungsi seperti kertas), Magnetic Keyboard (Papan kekunci yang memiliki magnet dibawah setiap key) serta Leap motion (Teknologi yang membenarkan pengguna hanya menggunakan gerak tangan tanpa menyentuh sensor pada peralatan tersebut).

Terakhir sekali semua peserta dijelaskan apa yang kita dapat jangkakan perkembangan teknologi pada masa hadapan di mana permintaan terhadap peralatan yang melibatkan teknologi canggih dan mesra alam semakin tinggi dari tahun ke tahun. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali