Kelas Ms Excel (Asas Membuat Jadual)

12 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 11 Febuari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Excel iaitu asas penggunaan serta cara membuat jadual bersama pelajar sekolah bermula pada jam 3:30 sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Excel dan asas membuat jadual dengan mudah. Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara menggunakan Ms Word.

Untuk pengenalan ,peserta diberikan taklimat berkenaan fungsi asas Ms Excel dan kegunaan button file dan ribbon yang terdapat pada program. Semasa sesi pembelajaran, peserta diajar memilih font, menukar size, mengedit bahagian column dan row serta mengedit alignment supaya jadual kelihatan kemas dan teratur. Pada kali ini, peserta diminta menyiapkan jadual borang kehadiran kelas. Kelas diakhiri dengan sesi pemahaman dan soal jawab. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali