Program Bual Bicara Klik Dengan Bijak (Jenayah Siber)

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 28 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Program Bual Bicara bersama pegawai wakil dari MCMC cawangan Sibu iaitu En. Sarani Bin Kanaidi yang berlangsung di Google Meet dan live di Facebook. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang apa itu jenayah siber. Antara pengisian program ini ialah menerangkan apa itu buli siber.

Terdapat juga penrangan mengenai bagaimana buli siber itu boleh terjadi terutamanya dalam golongan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tersebut malu untuk bersuara malah ada unsur-unsur ugutan dan sebagainya yang membolehkan kanak-kanak tersebut takut untuk berkongsi kepada ibu bapa. Malah ada juga penerangan bagaimana untuk mengatasi masalah ini salah satunya ialah peranan ibu bapa sangat penting dalam memantau setiap aktiviti dan gerak-geri anak-anak mereka. Dengan progran bual bicara ini, diharapkan ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak untuk tidak terlibat dalam jenayah buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali