Program Bual Bicara Klik Dengan Bijak (Bahana Gadget)
5 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 04 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh telah mengadakan Program perkongsian bersama-sama wakil dari PIK PPR Bandaria Park dan PIK Engkelili yang berlangsung secara live di StreamYard dan Facebook. Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi kesan-kesan terhadap penggunaan gadget dan cara-cara untuk menanganinya. Antara pengisian program ini ialah sesi perkenalan antara PIK. Setelah itu perkongsian pendapat antara PIK kesan positif dan negatif terhadap penggunaan gadget. Antara kebaikannya ialah kanak-kanak dapat belajar dengan mudah. Salah satu kesan negatifnya ialah masalah kesihatan seperti kerosakan mata. Oleh itu, kami berkongsi cara-cara yang baik untuk mengurangi masa bermain gadget antaranya membuat aktiviti yang berfaedah seperti beriadah dan bersukan. Dengan progran ini, Diharapkan agar masalah penggunaan gadget yang berlebihan dapat dibendung dengan sebaiknya. Peranan ibu bapa juga penting dalam memantau penggunaan gadget anak-anak supaya kesihatan mereka tidak terjejas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: